Friday, 27 January 2012

DOA SEORANG KEKASIH-2.flv

BERCERITA TENTANG JODOH..^_^

Sumber: http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1683-bercerita-tentang-jodoh.html
Jodoh seperti rezeki, ia telah  ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.  Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki  yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak  rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik  kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah  pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?  Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada  ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya  saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan  kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam  seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama  sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan  tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia  selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10  tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik!  Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu  iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana  dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih  kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru  agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa  diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan  asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut  perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal  isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa  melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan  pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat  perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat  wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang  juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya  bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia  memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan  wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang  telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus  menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang  wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh  Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan  akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang  ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada  kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya,  siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba  wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya,  er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita  bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman  kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya,  kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya,  akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada  kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita  berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan  khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak  mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder,  bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah  ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik  itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama  tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi  dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada  kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia  menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan  sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah  dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan  nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami  hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat  betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,  "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."


Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan  berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar  biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah  pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah.  Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan  sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak  akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin  akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah,  orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang  fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara.  Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh  yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan  memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."


Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah  kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh  sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun  mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak  menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar  menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan  serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik,  insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan  orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari  orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh  orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap  menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang  wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang  dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari  dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak  pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang  yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah  berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah  sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik  tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik  sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak  menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan  orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan  ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi  urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan  penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan  'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang  dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah  yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh  ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan  Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang  yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat  sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang  wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma  sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan  hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah  yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi  mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke  tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita,  terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang  baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi  jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri  bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat  syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi  Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik  tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.  Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di  sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah  aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan  makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan  siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah  denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang  baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya,  penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

Monday, 23 January 2012

RAHSIA CICIN NABI SULAIMAN AS..(^_^)

Wahab bin Munbih mengatakan bahwa cincin Sulaiman as berasal dari langit yang memiliki empat sisi. Diantara sisinya tertulis kata “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Syariika Lahu Muhammadun Abduhu wa Rosuuluhu, artinya : ‘Tidak ada tuhan selain Allah tidak ada sekutu bagi-Nya. Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya” Pada sisi kedua tertulis,”Allahumma Maalikal Mulki Tu’til Mulka Man Tasya wa Tanzi’ul Mulka Man Tasya wa Tu’izzu Man Tasya wa Tuzillu Man Tasya, artinya : ‘Wahai Allah Raja yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kekuasaan kepada yang Engkau kehendaki, Engkau cabut (kekuasaan) dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki” Pada sisi ketiga tertulis,”Kullu syai’in Haalikun Illalloh. Artinya : ‘Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah.” Dan pada sisi keempat tertulis,”Tabarokta Ilahiy Laa Syariika Laka. artinya : ‘Maha suci Engkau wahai Tuhanku yang tidak ada sekutu bagi-Mu.” Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan.

Dia juga mengisahkan bahwa suatu hari Sulaiman hendak berwudhu maka ia menyerahkan cincinnya itu kepadanya (budak perempuannya yang bernama Aminah). Ketika itu ada jin yang bernama Sokhr yang mendahului Sulaiman masuk ke tempat wudhu dan bersembunyi dibalik pintu. Tatkala Sulaiman memasuki tempat wudhu untuk menunaikan keperluannya lalu setan itu keluar dari dalam tempat wudhu dengan menyerupai wajah Sulaiman sambil mengibas-ngibas jenggotnya yang bekas wudhu dan tidak berbeda sama sekali dengan Sulaiman dan mengatakan –kepada Aminah,”Cincinku wahai Aminah.” Aminah pun memberikan cincin tersebut kepadanya dan dia meyakini bahwa ia adalah Sulaiman maka cincin itu pun berada di tangannya. Lantas dia pun duduk di singgasana Sulaiman sehingga golongan burung, jin, setan pun tunduk kepadanya.

Tak berapa lama Sulaiman as selesai berwudhu dan mengatakan kepada Aminah,”Cincinku.” Aminah pun bertanya,”Siapa anda?” Dia menjawab,”Aku Sulaiman bin Daud.” Dan tampak terdapat perubahan pada penampilannya. Aminah berkata,”Engkau bohong, sesungguhnya Sulaiman telah mengambil cincinnya dan saat ini dia tengah duduk di singgasanan kerajaannya.” Maka tahulah Sulaiman bahwa dia telah mendapati suatu kesalahan.” (Mukhtashor Tarikh Dimasyq juz III hal 379)

Wahab bin Munbih juga menjelaskan bahwa pada saat Sulaiman ke kamar kecil maka setan yang menyerupai Sulaiman mendatangi budak perempuannya tanpa ada kecurigaan darinya. Setan itu lalu mengambil cincin tersebut darinya, meletakkannya di jarinya dan langsung pergi ke istana Sulaiman serta duduk diatas singgasananya. Berdatanganlah para tentaranya dari golongan manusia, jin dan burung dan mereka semua berdiri dihadapannya sebagaimana biasanya. Mereka menyangka bahwa ia adalah Sulaiman.

Tatkala Sulaiman keluar dari kamar kecil dan meminta cincin dari budak perempuannya itu lalu budak perempuan itu melihat kearahnya dan tampak terdapat perubahan didalam penampilannya. Budaknya pun bertanya,”Siapa kamu?” Dia menjawab,”Aku Sulaiman bin Daud.” Budak itu berkata kepadanya,”Sulaiman telah mengambil cincinnya, dia sudah pergi dan duduk diatas singgasananya.” Sulaiman pun menyadari bahwa setan telah memperdayai budak perempuannya dan mengambil cincin darinya.

Kemudian Sulaiman pun berlari ke padang tandus hingga pada suatu ketika ia merasa sangat lapar dan dahaga. Dan terkadang ia meminta kepada orang-orang agar memberikannya makanan sambil mengatakan,”Aku Sulaiman bin Daud.” Namun orang-orang tidak mempercayainya. Sulaiman berada dalam keadaan lapar dan tanpa tutup kepala ini selama 40 hari.

Sampailah Sulaiman di tepi pantai dan dia menyaksikan sekelompok nelayan lalu ia pun menghampiri dan bekerja bersama mereka sebagai seorang nelayan. Kemudian Asif bin Barkhoya berkata,”Wahai orang-orang Bani Israil sesungguhnya cincin Sulaiman telah dicuri oleh sekelompok setan dan sesungguhnya Sulaiman telah pergi dengan ketakuan diwajahnya.” Tatkala setan yang duduk di singgasana itu mendengar perkataan tersebut maka ia pun pergi menuju lautan dengan perasaan takut dan membuangnya. Cinicin yang dibuang itu lalu dimakan oleh ikan salmon yang kemudian ikan itu dijaring oleh Sulaiman dengan izin Allah swt.

Dan ketika Sulaiman menyembelih perut ikan tersebut maka ia mendapati cincinnya berada didalamnya lalu dia pun memakainya di jarinya dan bersujud syukur kepada Allah swt. Setelah itu dia kembali ke singgasananya dan duduk diatasnya sebagaimana disebutkan didalam firman Allah swt :

وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ

Artinya : “dan Sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat.” (QS. Shaad : 34) – (Bada’i az Zuhur fii Waqo’i ad Duhur juz I hal 85)









SUBAHANALLAH..CANTIKNYA..

DASHATNYA DOSA TINGGAL SOLAT..

SEMUA orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan.
Maka, bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.
Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiang yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim.
Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (riwayat Baihaqi)
Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi
tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminnya kekal teguh.
Maka, lama-kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini.
Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan.
Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu.
Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa’un: 4-5)
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir: 43)
Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah kerana, solat adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya.

Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha: 14)
Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditinggalkan. (riwayat Muslim)
Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja asalah: “Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia”.
Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja, sama ada kufur atau berdosa besar.
Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir.
Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.
2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar.
Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut.
Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar.
Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT.
Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan didunia dan di akhirat.
Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya.
Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

8 SEBAB KENAPA KITA PERLU SIMPAN JANGGUT



Saya ada mendengar beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat. Antara manfaat yang selalu diwar-warkan ialah:
a) Nampak kelelakian
b) Lebih ‘macho’
c) Lebih hensem dan berkarisma
d) Nampak soleh dan beragama
e) Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
f) Akan lebih diminati wanita
g) Mempunyai manfaat kesihatan
h) Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Abaikanlah semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas. Kerana semuanya tidak penting. Sungguh, ia tidak penting!

(Walaupun begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…)
Luruskanlah niat kalian agar berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi yang mulia, sallAllahu `alaihi wasallam. Ia sebaik-baik tujuan. Dan besar ganjarannya di sisi ALLAH. Jika kalian berjanggut kerana mahukan manfaat-manfaat di atas, ya kalian akan memperolehinya barangkali. Tetapi sayang sekali jika itu sahaja yang kalian dapat.
Berjanggutlah kerana mahu mengikuti suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan sebab lain.
Antara kata-kata Nabi sallAllahu `alaihi wasallam untuk kita pegang dalam hal yang berkaitan dengan berjanggut ialah:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, bukan sahaja Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh kita agar berjanggut, malahan Baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka memelihara misai, tetapi mencukur janggut mereka.
Buat kalian yang berjanggut dengan niat lurus kerana mahu ikut Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, bukan kerana lain, maka ketahuilah kejayaan dan kebaikan bakal menyusul menemui kalian, insyaALLAH.
Buat sahabat-sahabat yang dagunya sukar ditumbuhi bulu janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut, bersabarlah. Jika ia tumbuh cuma sehelai pun, biarlah. Walaupun ia nampak tidak cantik dan tidak elok, namun di sisi ALLAH, moga ia dikira hasanah kerana kesungguhan kalian melaksanakan sunnah lantaran cintanya kalian terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. InsyaALLAH, mudah-mudahan lama-kelamaan ia bisa melebat berkat dari kesungguhan kalian yang mahu ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Berjanggutlah.
Dan ingat, kita berjanggut kerana mengikuti sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan kerana selain itu!
Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad.

maklumat berguna..(^_^)

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,
kerana ia dapat membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat..
wallahualam..

sesiapa yang Allah kehendaki,
nescaya Allah mengujinya.
(riwayat al bukhari)

jadilah seorang lelaki,
soleh yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat-sifat rasullulah s.a.w.
yang bleh diajak berbincang dan ber bicara.

orang yang berjaya tidak pernah mensiasiakan waktunya untuk kegiatan yang tidak bermanfaat dan tidak mendorong kearah kejayaan..

suami yang hensem(soleh) adalah 
suami yang boleh membimbing isterinya di jalan ALLAH..

keindahan dunia mempersonakan..
kerana keindahannya juga membuatkan kita terleka..

jangan lupa untuk menangis kepada-NYA..
meskipun sekarang kita sedang bahagia..
kerana tangisan kepada-NYA bukan hanya diwaktu duka..
tetapi disaat bahagia..
itulah tanda syukur dan sentiasa mengharapkan rahmat-NYA..
cinta yang perlu disuburkan dalam jiwa insan ialah mencintai seseorang kerana allah..
bukan kerana cantik,
bukan kerana muda,
bukan kerana baik,
bukan kerana kasiahan pada pasangan,
bukan kerana kesunyian,
dan bukan kerana ingin pasangan,
kesemua sebab itu mestilah dihubungkan kerana ALLAH,
dengan ini cinta manusia tidak akan tercemar dengan maksiat 
dan perbuatan munkar keranatakut kepada allah,
menghargai harga diri insan yang kita sayangi dan cinta..

jika hati ibarat air,
jangan dibiarkan ia keruh..
jika hati ibarat awan,
jangan dibiarakan ia mendung..
jika hati ibarat bulan..
jangan dibiarkan gelap..
usah meminta kehidupan yang mudah tetapi pintalah keimanan yang tinggi agar tabah menghadapi segala rencana kehidupan..

saya dapt maklumat nie dari seseorang yang istimewa buat saya..mudah-mudahan kita tentang ilmu agama..