Friday, 24 February 2012

Mutiara Doa..(^_^)

Doa naik kenderaan:" segala puji bagi Allah yang memudahkan ini bagi kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepada Allah kami akan kembali.


Doa melawat orang sakit:" ya Allah! Tuhan sekalian manusia! jauhkan kesusahan,Engkaulah Penyembuh,tidak ada kesembuhan melainkan daripada-MU,kesembuha yang tidak diikuti oleh kesakitan.


Doa melawat bayi baru lahir:"Aku memohon dengan berkat kalimah Allah yang sempurna,daripada segala syaitan dan haiwn dari mata yang hasad dengki".


Doa meminta kemulian keluarga:"Ya Allah! berikamlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyengkan hati,dn jadikanlah kami ikutan bago orang-orang yang bertakwa".


Doa memohon hati ikhlas dan jujur" ya Allah kami! janganlah pesongkan hati kami sesudah EWngkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari hadapan-MU , sesugguhnya Engkau Maha Pemberi".


Doa penjaga daripada kebakaran,karam,pencuri:" Dengan nama Allah,segala sesuatu kehendak Allah, tidak ada upaya melainkan dengan Allah,srgala sesuatu kehendak Allah,semua nikmat Allah,segala sesuatu kehendak Allah,semua kebaikan kepunyaan Allah,segala sesuatu kehendak Allah,tidak ada yang menjauhkan kejahatah melainkan Allah.


Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian:"Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-NYA, azab-NYA, daripada kejahatan hamba-NYa daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.''


Doa memohon ahklak yang baik:"Ya Allah,seperti Engkau mencantikkan kejadianku,maka perbaiki pula ahklakku."

sesuatu..(^_^)

sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
tetapi apa yang diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
biarlah kita menagis hari ini kerana kesakitan semalam,
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana 
kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya....


wasalam...

Monday, 6 February 2012

ADAB BERCINTA DALAM ISLAM..(^_^)


Dipetik daripada buku ``PSIKOLOGI CINTA”terbitan PTS Millennia sdn bhd.


Dalam surah AR-RUM ayat 21 Allah menyatakan``Dan di antara tanda-tanda kekuasaan –NYA ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan cinta kasih sayang santara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan  FIKIRAN ”.
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merialisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf.Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang islam hendaklah mencuba sedaya upaya meraka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaran Allah.tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan,cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

CINTA SEBELUM KAHWIN.
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa,peribadi,minat,dan cara hidup.Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara memdadak,dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam islam,kerana berkuatiri menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.Walau bagaimanapun,jika percintaan itu mempunyai matlamat suci,iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah,maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah,mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri,tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon arau berbual.bual,dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan..Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing,dalam erti tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih,kerana orang ketiga adalah syaitan.Di samping itu tidak berhias hias atai menampakkan perhiasan dihadapan kekasih dikhutiri boleh menaikkan nafsu syafwat kekasih.Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendakalah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan.Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripaa cinta itu.Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak –anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.berdoa dan menunaikan solat hajat supaya dimiliki akan diredai dan diberkati Allah.Bermohon kepda Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan  agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikarah bagi meneguhkan supaya orang yang dicintai ituadalaj yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat.Janganlah mencintaii seseorang kerana harta,rupa atau keturunannaya,tetapi cintailah dia kerana agama dan kemulian akhlaknya.solat istikarah membantu supaya individu yang bercinta  iotu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaanya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar indin brmain-main dan bersuka ria,maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan kearah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbutan cinta seperti menyentuh kekasih,bersalaman,berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia,pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk  mempamerkan “ cinta terlarang” mereka kerana masih belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.Tetapi sebaliknya adalah diikat dengan diikat dengan perkahwinan yang sah,perbuatan-perbuatam itu mendatangkan pahala degnan syarat suamin isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila di khalayak ramai.

CINTA SELEPAS BERTUNANG.
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin.Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus.Cinta dalam pertunangan besar ujiannya keranan godaan dan cabaran  yang datang dari pelbagai pihak mampu merubahkan hati dan pendirian pasangan .Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ keranamudah terjebak dalam gangguan perasaan dan terdedah dengan pelbagai cabaran.Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat melayu.Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang keranan dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan perkahwinan.Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Berunang adalah tempoh suaikenal bukan tempoh memadu asmara.Maka orang yang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan,cium- berciuman dan sebagainya.Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami,begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.Maka berhati-hatilah dalam pergaulan keranasyaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

CINTA SELEPAS KAHWIN.

Allah mengiktirafkan cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan didalam al-quran ayat 21 surah AR-RUM “dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah bahawa Dian menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cita kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi oranf tang menggunakan FIKIRAN”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam.Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta dalam ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan anggota masyarakat.Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami istericharuslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang di cintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan,kasih sayang,pergorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati,menghargai perasaan dan tutur kata,sentiasa mendoakan kesejahteraan keluargaan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Menlahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin.Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat suami hendaklah bersabar dan tidak terburu untuk berkahwin lain.Seharusnya usaha dulipatkan gandakan untuk mendapat zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan.