Sunday, 25 September 2011

lelaki yang soleh*(^_^)*

paradigma mukmin

Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?

Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.

Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
paradigma mukmin

  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)

Saturday, 24 September 2011

Islamic Calendar with Current Moon Phase

Islamic Calendar with Current Moon Phase

kamu..boleh aku bertanya??


Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku



Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...

Luka disini..(~_~)

Aku bukan pemain puisi cinta kerana puisi romantis telah membunuh ku, membunuh jiwa ku dan yang ada hanya puisi sedih duka menemani luka carik kalbu ini. Terima kasih Ungu atas lagu yang indah ini menemani sanubari duka teman melati ku..




Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi
Perasaan seperti dulu

Kini tiada lagi kisah
Cintaku tlah musnah sudah
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku

-----
Biarkan ku pergi
Jangan kau tanyakan lagi
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku

Biarkan berlalu
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Aku luka di sini

HATI YANG KOTOR.

Hati yang masih banyak diseputi kebencian mungkin akan menyebabkan bakal pasangan mudah membenci.Orang yang hatinya yang penuh  menghantar "gelombang benci" keapda oang lain di sekitarnya menyebabkan dirinya juga akan sering dibenci.
Oleh itu,ubatilah hati.Tanamkan kasih sayang kepada semua orang.Andai diri terniaya,hantarlah doa kepada orang yang menganiaya buakan ye cacian.Jadikan taqwa sebagai benteng daripada membiarkan perasaan dendam menguasai diri.
Pandanglah semua orang dengan kacamata kasih sayang dan suburkanlah sifat bebaik sangka terhadap semua orang di hati kita.Insyaallah,berkatlah kesucian hati yang sarat dengn kasih sayang,nescaya diri kita akan mudah disayangi.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar,nescya Allah akan memperbaiki perbuatanmu seta mengampuni perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu.Barang sesiapa taat kepada Allah dan rasulnya,maka sesungguhnya dia akan berbahagia dengan kebahagian yang agung.

(AL-AHZAB:70-71)

Friday, 23 September 2011

kriteria jodoh untuk anak lelaki..(^_^)

  1. Mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab.
  2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil.
  3. Bersikap baik dengan isteri.
  4. Dapat memberikan kebebasan berfikir dan pendapat.
  5. Dapat menerima kelebihan dan kekurangan isteri.
  6. Dapat menbantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatab tertentu.
  7. Dapat menjaga kewibawaan isteri.
  8. Dapat membimbing isteri.
  9. Dapat menghormati keluarga dan sanak saudara isteri.
  10. Boleh menjadi bapa yang baik dan sayang kepada isteri dan anak-anak..
  11. Boleh menjadi pasangan yang baik,zahir dan batin.

Friday, 16 September 2011

sye suka awek sye




Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak.  Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Thursday, 15 September 2011

saudaraku..

ubatilah hati yang sentiasa terhakis

saudaraku yang dihornati dan dirahmati allah,

saudaraku,
sesungguhnya,bandingan sebatang tubuh umpama sebuah kota.Akal di dalam tubuh itu seolah-olah raja yang memerintah.Kekuatan-kekuatan badan sama ada fizikal mahupun rohani,adalah umpama tentera yang melindungi raja tersebut.Anggota badan adalah rakyatnya dan nafsu rakus pula merupakan musuh yang sentiasa berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang sejahtera itu.

saudaraku,
Apabila raja tadi mengarahkan tenteranya untuk menghalau musuh atau memaksa mereka tunduk kepada baginda,maka amanlah kota tersebut.Tetapi raja tadi cuai dan membiarkan musuh bermahajara,maka lemahlah tenteranya dan terlantarlah rakyatnya.

saudaraku,
Bandingan oleh Al-Ghazali di atas adalah tepat sekali..tepuk dada tanyalah iman...apakah yang menguasai hati dan diri kita,akal atau nafsu??Jika kita telah dapat mempastikan di mana tampuk kekuasaan itu,maka hendaklah kita berusaha pula meletakkannya di tempat yang sebenarnya

saudaraku yang dimuliakan,
waliullah ibrahi, adam pernah menjelaskan mengapa hati kita menjadi beku.Beliau mengemukakan lapan sebab:

1.Anda mengetahui hak allah tetapi tidak menunaikannya. 
2.Anda membaca A-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
3.Anda mengatakan cinta kepada rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.
4.Anda takutkan mati tetapi tidak bersedia untuknya.
5,Anda mengetahui bahawa syaitan adalah musuh yang nyata,tetapi anda berkomplot dengannya untuk   melalukan dosa.
6.Anda takutkan neraka,tetapi sebenarnya anda sedang menghampirinya.
7.Anda cintakan syurga tetapi tidk beramal untuknya.
8.Setipa kali anda bangun dari tidur,anda melihat kesilapan orang lain tetapi memejamkan mata terhadap kesilapan sendiri.


Saudaraku yang dikasihi,
Demikianlah berkaratnya hati kita.Berdoalah kita kepada allah yang maha menguasai segala hati,supaya melindungi hati kita daripada terhakis dengan lebih jauh lagi.Maka itu,berusahalah untuk membiasakandengan amalan yang mulai.Mudah-mudahan akan tergilaplah hati kita,bercahaya seumpama cermin,agara zahirlah kepada kita yang mana hak dan yang mana batil wallahu a`lam.

Saturday, 10 September 2011

petua membuat orang jatuh cinta*^_^*

 Kenapa lambat / susah bertemu jodoh??
  1. Belum sampai waktunya
  2. Hati tak fokus untuk cari jodoh dengan sungguh-sungguh
  3. Belum bersedia
  4. Terlalu memilih
  5. Hati masih kotor, terlalu banyak rasa benci, banyak sifat-sifat negative dalam diri
  6. Banyak meminta, kurang memberi
  7. Fobia atau serik bercinta
  8. Hidup tak seimbang. Terlalu fokus kerja / enjoy
  9. Kurang berdoa dan usaha untuk bertemu jodoh
  10. Tidak istiqamah dalam menjalani hubungan. “rolling stone gathers no more”
  11. Tidak mendapat restu orang tua
  12. Terlampau selesa hidup bersendirian
  13. sihir
 sifat-sifat perempuan yang menarik hati lelaki
  1. Rasa cantik dalam diri, yakin diri. Yakin dengan ciptaan Allah.
  2. Sifat keanak-anakan. Sesekali dan jangan over
  3. Berakhlak mulia, sopan – santun, ada sifat-sifat wanita timur
  4. Beragama, taat perintah Allah
  5. Pandai tapi tak menunjukkan kepandaiannya
  6. Memahami lelaki
  7. Tidak terlalu cerewet, tidak cakap berulang
  8. Tidak terlalu cemburu
  9. Tidak terlalu canggih
  10. Dapat meransang semangat lelaki
  11. Ada kesamaan yang significant
  12. Sejuk mata memandang
  13. Pemaaf
  14. Seimbang
  15. Body language yang cantik
 Sifat-sifat lelaki yang menarik hati perempuan
  1. Nampak segak, macho, kemas
  2. Romantic – pandai mempamerkan kasih saying
  3. Gentleman, lemah-lembut, sopan
  4. Wajah seorang penjaga, pendidik
  5. Bijaksana dan matang, boleh buat keputusan
  6. Understanding, tolak ansur
  7. Dapat membimbing, boleh beri nasihat
  8. Tidak mudah merajuk
  9. Tidak terlalu ego
  10. Kelakar tapi jangan buat lawak bodoh
  11. Tidak kedekut
  12. Layan semua orang dengan baik
  13. Ada sifat yang boleh dibanggakan
  14. Pandai mendengar
  15. Kesamaan dan similarity yang significant
  16. Bersih dan wangi
  17. Wajah kebudak-budakan, mudah senyum
tajuk ceramah: Petua membuat rang jatuh cinta 
oleh: Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah

Thursday, 1 September 2011

sebelum dan semasa hari raya..(^_^)


sebelum hari raya..family sya sebut wt keje 2 keje nie..tp ak relex jer..heee..tp yg x best yer..semua keje ak kne wt sorang..hahaha..kne sapun sampah la..pasang langsi la..n mcm2 lagi la..tp xsuma la yang siap..hahahaha..masa pagi raya..mcm biasa la..solat sunat..tp yang x best 2..time 2 la demam selesema..hahahah..aduhai...lepas 2 baru salam ngan mak ngan abah..heee..n trus p kubur...baca yasin kt tok wan,tok,pak long n mak long..lepas abis 2..trus la p umah tok sbb family tok dekat2 je..dekat sgt2..ada depan umah tepi umah..so x payah la jalan jauh2..heeee....haaaa..yg nie best..xsangka plak..family belah mak hampir semua tema baju raya kale ungu..hahahaha..masa raye umah pak teh sye..kitaorng dok gelak sakan la sbb dok lawan balas pantun..aduhai..mcm jenis pantun ada..tp sye x main la..sbb xreti pantun2 nie...heeeee..hari raya nie sye x p raya umah kawan pun..cuma family jer.. sbb kawn2 semua mcm sibuk..2 yang x p 2..so dok umah je la...tgok tv n tdo..hehehehe..tggu orang datang raya kt umah..heeee....okew la..sampai c nie je cte sye,,,assalamualaikom....

zaman dulu dan sekarang

sye ada cerita untok di kongsi kdpa semua..

semasa zaman sahabat rasulullah dahulu...semasa bulan ramadhan,para sahabat  begitu gembira kerana mereka dapat menyambut bulan yg mulia itu..tp mereka akan bersedih apabila bulan yg mulia itu akan meninggalkan  mereka sbb bulan  itulah mereka dapat melakukan amal ibadat yang pahalanya jauh belipat ganda dari bulan2 yang lain...yang ibadat wajid seperti solat pada bulan lain hanya 27 tp pada bulan ramadhan pahalanya 72 atau lebih dari itu..bagi amal ibadat sunat seperti..bersedekah,mengaji,solat sunat dan lain2,pahalanya juga berlipat ganda yang tidak terkira...sebab itulah mereka menangis..mereka berharap mereka dapat ditemukan lagi bulan yg mulia itu..tetapi zaman sekarang,sudah terbalik..yang sedih menjdi gembira sbb bulan ramadhan sudah meninggalkan kita dan tidak la puasa sebulan lagi....apa yang kita tahu zaman dahulu ngan sekarang betul2 beza...beza sgt2..dari segi iman..zaman dahulu iman mereka betul2 kuat.. tetapi sekarang amat menyedihkan bagi orng yang kurang iman yer..termasuk la diri sya yang byk lagi yang kurang iman yer...sye harap keimanan orang zaman sekarang sama dengan orang zaman sahabat rasulullah dahulu..insyaallah..dan sye harap islam akan kuat lagi dimata dunia dan kuat dalam dri setiap umat islam...amin..