saudaraku yang dihornati dan dirahmati allah,
saudaraku,
sesungguhnya,bandingan sebatang tubuh umpama sebuah kota.Akal di dalam tubuh itu seolah-olah raja yang memerintah.Kekuatan-kekuatan badan sama ada fizikal mahupun rohani,adalah umpama tentera yang melindungi raja tersebut.Anggota badan adalah rakyatnya dan nafsu rakus pula merupakan musuh yang sentiasa berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang sejahtera itu.
saudaraku,
Apabila raja tadi mengarahkan tenteranya untuk menghalau musuh atau memaksa mereka tunduk kepada baginda,maka amanlah kota tersebut.Tetapi raja tadi cuai dan membiarkan musuh bermahajara,maka lemahlah tenteranya dan terlantarlah rakyatnya.
saudaraku,
Bandingan oleh Al-Ghazali di atas adalah tepat sekali..tepuk dada tanyalah iman...apakah yang menguasai hati dan diri kita,akal atau nafsu??Jika kita telah dapat mempastikan di mana tampuk kekuasaan itu,maka hendaklah kita berusaha pula meletakkannya di tempat yang sebenarnya
saudaraku yang dimuliakan,
waliullah ibrahi, adam pernah menjelaskan mengapa hati kita menjadi beku.Beliau mengemukakan lapan sebab:
1.Anda mengetahui hak allah tetapi tidak menunaikannya.
2.Anda membaca A-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
3.Anda mengatakan cinta kepada rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.
4.Anda takutkan mati tetapi tidak bersedia untuknya.
5,Anda mengetahui bahawa syaitan adalah musuh yang nyata,tetapi anda berkomplot dengannya untuk melalukan dosa.
6.Anda takutkan neraka,tetapi sebenarnya anda sedang menghampirinya.7.Anda cintakan syurga tetapi tidk beramal untuknya.
8.Setipa kali anda bangun dari tidur,anda melihat kesilapan orang lain tetapi memejamkan mata terhadap kesilapan sendiri.
Saudaraku yang dikasihi,
Demikianlah berkaratnya hati kita.Berdoalah kita kepada allah yang maha menguasai segala hati,supaya melindungi hati kita daripada terhakis dengan lebih jauh lagi.Maka itu,berusahalah untuk membiasakandengan amalan yang mulai.Mudah-mudahan akan tergilaplah hati kita,bercahaya seumpama cermin,agara zahirlah kepada kita yang mana hak dan yang mana batil wallahu a`lam.
No comments:
Post a Comment